PrettyLicious
Jumaat Terakhir Bagi Tahun 2012
Friday, 28 December 2012 ? 0 Atashinchi ?

AWAS ! Entri kali nie panjang !

Assalamualaikum and Hello Fella's . hari nie jumaat terakhir bagi tahun 2012 . banyak sangat kenangan pahit manis aku sepanjang tahun 2012 nie . hahaha . aku kesian dekat blog aku nie . dah berapa kurun entah aku tak update blog nie . selalu ketinggalan . huhu T..T maklumlah , selalu sibuk dengan aktiviti melencong ke sana ke sini . hahaha . btw , hari tu aku pegi Kayyyy Ellllllll a.k.a KL a.k.a Kuala Lumpur atau lebih famous dengan Kandang Lembu mungkin ? hahaha . aku pegi Kuala Lumpur bukan Kandang lembu hokay ! :D

pegi KL , aku tidur rumah maksu dan paksu dekat Kajang . dan yang paling best adalah , aku dapat gathering dengan geng whatsapp yang terdiri dari sepupu dan ayah ayah sedara aku . hahahaha . kiteorang berkumpul dekat rumah paksu . okay , memang sangat ohsemmm ! asal pegi makan dekat mana mana , meja kiteorang lah yang paling kepoh sekali . hahaha . otak gila gila belaka . sangat beruntung aku dapat family macam nie :')

terus terang aku cakap , aku lebih rapat dengan sepupu sepapat belah umi daripada belah abah . sepupu belah abah kurang rapat mungkin sebab jarang jumpa walaupun duduk satu negeri . hahahaha . nak buat macam mana kan . terima je la seadanya . so , sepanjang dekat KL kiteorang berjalan sakan . teman Mak Lang cari lampu untuk rumah baru dia . bayangkanlah , selama 12 jam kiteorang berjalan semata mata nak cari lampu yang berkenan di hati . hahahaha . gila k gila ! sakit mata aku dibuatnya . hahahaha >.<

keesokkan harinya , kiteorang pegi Prince Court Medical Centre . nak melawat baby afzan . baby afzan sangat comel tapi lupa nak ambik gambar . hahahaha . masa sampai dekat hospital tu , aku tak habis habis tanya paksu , "nie hospital ke hotel ?" hahahaha . sebab apa ? hospital tu memang tak gaya langsung macam hospital . hahaha . kalau aku masuk wad dekat situ , memang aku tak nak keluar ! hihihi . lepas dah melawat baby , kiteorang berpecah ! 1 kereta pegi Sogo , 1 kereta pegi  Petaling Jaya , 1 kereta lagi tak dikenal pasti destinasinya . hahahaha . aku pegi Sogo . nak shopping baju . hohoho  alang alang tengah sale sekarang kan . boronglah habis habisan ;3

lepas dah puas shopping sampai sakit kaki , maksu bawak kiteorang jalan jalan naik LRT . punyalah lama aku tak naik LRT . hahahaha . naik LRT dan berhenti dekat stesen terakhir iaitu stesen Sentul Timur . lepas tu naik balik dari Stesen Sentul Timur sampai dekat Stesen apa entah . aku lupa nama Stesen tu . lepas tu balik rumah , mandi dan terus tidor . tak larat punya pasal . hahahaha . jom layan gambar sepanjang berada di KL ;3

|

|

|

\/















Adiossssss ! ^.^




Lots Of Smile For Readers :)




Older Post . Newer Post