PrettyLicious
Review : Maleficent
Monday, 9 June 2014 ? 0 Atashinchi ?
Assalamualaikum and Hello Fella's .

Hari sabtu lepas , umi abah dengan abang pergi Melaka . aku malas nak ikut sebab balik hari katanya . kalau stay satu malam nak jugalah ikut sebab dah lama tak pergi Melaka . pergi pun sebab ada kenduri kahwin . so , malas la nak ikut . better duduk rumah baca novel , berangan dan menternak lemak . lol . abang aku yang ketiga pergi KL nak tengok bola . maklumlah , final piala FA . gile ko tak nak tengok . haruslah kena pergi tengok . PAHANG kot . hahah . tapi aku tetap tak ikut sebab dia pergi dengan kawan kawan dia . lagipun aku takde tiket . lehhh , nak masuk mcm mana kalau takde tiket ? hahahaha . so , terpaksalah duduk rumah .

lepastu abang aku yang kedua ni pulak ada sekali dengan aku dekat rumah . so , weolls pergi kenduri kahwin kawan dia . aku follow je la ke mana dia nak bawak aku pergi janji perut aku kenyang . hahah . sampai dekat dewan kelab golf diraja , aku cam sesuatu . and yes , aku terjumpa dengan orang yang tak sepatutnya jumpa . serius , putus selera aku nak makan . hek elahhh , kenapalah ade dia ? serabut tahu tak . lepastu , cepat cepat aku ajak abang aku balik . grrr . then , kiteorang pergi Beserah untuk kenduri yang kedua . bila tengah leka leka dekat majlis tu , aku cam seseorang . yaaa , pengetua sekolah pulak yang aku jumpa . alahai , tak tahulah kenapa hari sabtu lepas aku jumpa dengan orang yang aku tak nak jumpa . sodihhh tahu takk T.T

lepastu balik rumah , abang aku ajak pergi tengok wayang . aku on aje . tengok MALEFICENT . best giloo . suka tengok Angelina Jolie . cantik . anak dia pun comel . kelakar pun kelakar . bestlahhh . takdelah suramm aje :)





gambar dia yang bawah sekali tu macam hantu weh . dah la wayang tu gelap , bila tengok muka dia macam tengok puntianak pun ada . hahah . seramm aje . ok lah , nahh aku share trailer movie nie untuk korang yang belum tengok 




okaylah , sampai sini saja . Adiossss ! :*








Lots Of Smile For Readers :)




Older Post . Newer Post